fbpx

Kontinjen hoki Pahang laung keyakinan sambar emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Pahang (kanan) cuba menghalang pemain pasukan lawan dari Pulau Pinang pada Sukma MSN 2022 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

HASRAT Pahang untuk merampas pingat emas hoki lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) 2022 berada di landasan tepat selepas menewaskan Pulau Pinang 3-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada aksi pertama Kumpulan B hari ini.

Ketua jurulatih hoki lelaki Pahang, Mohd. Sufian Mohamad gembira dengan prestasi anak-anak buahnya biarpun mengakui masih banyak perkara perlu diperbaiki untuk aksi seterusnya.

“Permulaan yang sangat baik, cumanya pemain tidak dapat menjaringkan gol selepas dihidangkan peluang begitu banyak sekali.

“Saya gembira dengan pemain yang terus sabar untuk mencari gol dan mereka telah memberikan komitmen tinggi sehingga perlawanan tamat.

“Saya akan buat analisis video dan lebihkan fokus kepada serangan pukulan sudut penalti (PC). Hari ini kita dapat banyak PC tetapi set-piece kita buat tak sempurna,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

Pada masa sama, Mohd. Sufian mengakui, kemenangan itu menyuntik semangat barisan pemainnya untuk menebus kegagalan tewas di tangan Sabah menerusi penentuan penalti shoot-out pada final edisi Sukma Perak 2018.

Dalam aksi itu, tiga gol Pahang dijaringkan dua oleh Muhammad Idris Saad pada minit ke-22 dan 40 selain satu daripada Muhammad Noor Firdaus Rosdi pada minit ke-37.

Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Jiwa Mohan, gagal meraih sebarang mata apabila sekadar meledak dua gol menerusi Angad Singh Khalsa dan Muhammad Haikal Hilman Mohamad Hanafiah pada minit ke-35 serta 51. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI