fbpx

Enggan buat kerja sekolah, budak dakwa alami alahan terhadap bau buku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video seorang budak kecil yang mendakwa dia mempunyai alahan untuk membuat kerja sekolah tular di media sosial China. - SCMP

BEIJING – Seorang budak lelaki berusia 11 tahun menangis dan mengelak untuk membuat kerja sekolah kerana mendakwa mempunyai alergi (alahan) terhadap buku, lapor laman berita Wion News semalam. 

Kejadian itu tular di media sosial China selepas ibunya, Yu bertindak merakam dan memuat naik video tersebut di internet, lapor laman berita Xibu Juece.

Dalam video tersebut, kanak-kanak berkenaan dilihat sedang menyiapkan kerja sekolah pada Ahad lalu apabila dia kelihatan sakit dan memegang tisu di hidungnya.

Apabila Yu menyedari keadaan anaknya dan bertanya mengenai apa yang berlaku, kanak-kanak berkenaan menjawab bahawa dia sedang mengalami reaksi alahan.

Selepas ditanya mengenai alahan yang dialami, dia menjawab bahawa mengalami alergi terhadap bau buku. 

Apabila Yu bertanya sama ada dia boleh menyiapkan kerja sekolahnya, anaknya hanya berdiam  diri dan menggulung tisu pada hidungnya.

Dia kemudian dilihat bersin sebelum mengalirkan air mata pada pipinya. Yu menasihati anaknya untuk berjumpa dengan doktor, namun dia menolak.

Yu yang kemudiannya berang mengarahkan anaknya agar berhenti berpura-pura dan menyiapkan kerja sekolah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI