fbpx

Malaysia di tangga 92 dunia jumlah kematian strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi bersama Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh ketika sidang akhbar Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) di Auditorium HRC, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia diletakkan di nombor 92 dunia bagi kes kematian akibat strok yang berpunca daripada kehidupan sosial dan persekitaran.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, data yang dikeluarkan pada tahun 2020 itu menunjukkan kematian strok di Malaysia mencatat 12.85 peratus daripada jumlah kematian tahun tersebut.

Katanya, kematian disebabkan strok di Malaysia sebanyak 21,592 orang pada tahun 2020, diikuti dengan kadar umur kematian pada lingkungan umur 82 tahun bagi setiap 100,000 penduduk di Malaysia.

“Pelbagai keadaan yang boleh meningkatkan risiko mendapat strok dan kebanyakannya kerana faktor risiko yang boleh diubah seperti tekanan darah tinggi.

“Data terkini strok di negara ini juga menunjukkan peningkatan kes dalam kalangan pesakit muda terutama lelaki berusia pertengahan 30-an sehingga 40-an,” kata beliau berucap ketika merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) di Auditorium HRC, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyaran masyarakat mengambil berat setiap perubahan dialami dan tidak berlengah mendapatkan rawatan segera.

“Seperti kita semua tahu mencegah itu lebih baik, mudah, dan murah berbanding merawat itu sakit, derita dan mahal,”

“Kita sangat bersyukur negara antara negara dalam dunia yang menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat. Daripada klinik desa hingga hospital yang menyediakan perkhidmatan kepakaran dan sebagainya,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI