fbpx

Muhammad Azeem intai gelaran raja pecut Sukma 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD AZEEM (tiga dari kanan) tidak berdepan masalah layak ke peringkat akhir acara pecut 100m pada Sukma MSN 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - FARIZ RUSADIO

BINTANG pecut sensasi kebangsaan, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi tiada masalah untuk melangkah ke pentas final 100 meter (m) Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

Pemegang rekod 100m kebangsaan itu dilihat masih menyimpan tenaga untuk aksi final petang esok selepas mengungguli peringkat separuh akhir 2 dengan catatan masa 10.33 saat (s) di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Catatan yang dilakukan Azeem itu adalah masa terpantas daripada ketiga-tiga peringkat separuh akhir, mengatasi dua pencabar terdekatnya, Muhammad Arsyad Md. Saat (10.54s) dan Muhammad Haiqal Hanafi (10.57s).

Bagaimanapun, Azeem dengan rekod peribadi terbaik 10.09s yang dilakukan pada Kejohanan Remaja Dunia 2022 di Cali, Colombia bulan lalu, enggan memandang rendah setiap pencabarnya pada perlumbaan akhir esok.

“Syukur saya dapat lakukan larian yang agak baik di peringkat saringan hari ini. Kalau ikutkan itu memang lingkungan masa yang ditetapkan.

“Kunci sesuatu kejayaan adalah konsistensi untuk membolehkan kita lakukan banyak perkara hebat. Ia sudah bagus buat saya selagi saya dapat kekalkan catatan bawah 10.3s atau 10.4s.

“Saya tak akan pandang rendah kerana Haiqal sebentar tadi pun nampak masih lari bersahaja. Saya tiada tekanan tetapi yakin mereka boleh beri tentangan sengit esok,” kata Azeem.

Pelari berusia 18 tahun dari Ipoh, Perak itu berpotensi ditabalkan sebagai raja pecut baharu Sukma jika dapat mengekalkan catatan sama berdasarkan prestasi ditunjukkan di peringkat separuh akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI