fbpx

Pecco Bagnaia enggan fokus gelaran dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA meraih empat kemenangan berturut-turut menyebabkan dia berpeluang untuk mencabar kejuaraan dunia yang dikuasai Quartararo ketika ini. – AFP

ALCANIZ, Sepanyol – Selepas melakar empat kemenangan berturut-turut, pelumba Ducati, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia enggan memikirkan soal perebutan gelaran dunia, malah hanya ingin mengekalkan aksi terbaik pada setiap baki pusingan musim ini.

Bagnaia yang memenangi perlumbaan di Misano dan kembali dari ujian di litar yang sama, tekad untuk meneruskan momentum terbaik menjelang Grand Prix (GP) Aragon, Sepanyol pada hujung minggu ini.

Selepas kemenangan mendebarkan di Misano, Pecco kini menduduki tempat kedua dalam carta kedudukan keseluruhan dan hanya dipisahkan 30 mata di belakang pendahulu, Fabio Quartararo (Yamaha).

Pastinya, pelumba berusia 25 tahun dari Turin, Itali itu enggan mensia-siakan peluangnya dalam baki enam pusingan nanti untuk menghalang Quartararo dinobatkan sebagai juara dunia sekali lagi.

“Saya gembira dapat kembali bersaing di Aragon kerana di litar inilah saya meraih kemenangan pertama MotoGP tahun lalu.

“Secara umum, ia adalah litar yang sangat baik untuk kami dan saya fikir kami boleh menjadi lebih pantas berbanding tahun lepas.

“Pastinya kami akan menghadapi hujung minggu menggunakan pendekatan yang sama dengan memberikan yang terbaik bermula Jumaat dan fokus untuk mencari penamat terbaik pada perlumbaan sebenar tanpa memikirkan tentang kejuaraan du­nia kerana baki perlumbaan masih banyak,” kata Bagnaia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI