fbpx

Penang FC kekal rekod kalah, penyokong mula ‘naik angin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara komen yang ditinggalkan penyokong di Facebook rasmi Penang FC hari ini.

GEORGE TOWN – Penyokong pasukan Penang FC dilihat tidak mampu lagi menahan kemarahan atas siri kekalahan yang dipamerkan skuad itu pada perlawanan Liga Super 2022 termasuk ada yang meminta campur tangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Prestasi hambar para pemain dan terkini pada aksi bertemu pasukan Terengganu FC dengan keputusan 0-3 malam semalam membuatkan ramai mula ‘naik angin’ dan mengecam pihak berkenaan termasuk barisan pengurusannya menerusi Facebook rasmi Penang FC hari ini.

Memuat naik keputusan perlawanan ke-18 bersama gambar-gambar pemain yang beraksi malam semalam membuatkan hampir majoriti penyokong dilihat tidak lagi berselidung dengan menggunakan ayat-ayat manis atau semangat sebalik menghentam pasukan terbabit dengan perkataan sinis.

Setakat petang ini, lebih 1,000 warganet memberi pelbagai reaksi, 490 komen dan 21 perkongsian.

“YB Chow Kon Yeow, tolong lakukan sesuatu untuk pasukan! YB tolong! Rakyat Pulau Pinang sangat gemarkan pasukan ini,” ujarnya seorang penyokong.

“kita perolehi kekalahan ke-13, tahniah! Kena belanja Mamu Jenal & team Nasi Dalca Tulang, isi dah tak dak, team (pasukan) lain kebas,” kata seorang lagi pengguna.

“Cukuplah guriskan hati penyokong setia Penang,” seloroh pengguna.

Ketika ini, pasukan kendalian Ketua Jurulatih Datuk Zainal Abidin Hassan itu kekal berada di kedudukan tercorot liga dengan hanya mengumpul tujuh mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI