fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa 7 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri sehingga pukul 6 petang nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, negeri-negeri terlibat termasuk Perak (Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim), Pahang (Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin) serta Selangor (Sabak Bernam, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).

“Negeri lain adalah Kuala Lumpur, Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), Sarawak serta Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelas MetMalaysia sebentar tadi.

Tambah MetMalaysia lagi, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI