fbpx

Pelajar nyaris maut, motosikal terperosok bawah lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas merempuh sebuah lori di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu semalam. - FOTO/ IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Seorang pelajar tingkatan empat nyaris maut selepas motosikal yang ditunggangnya terperosok bawah sebuah lori yang memandu secara melulu di Jalan Padang Tembak di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Abdul Muklis Ab. Razak, 16, hanya mengalami luka pada siku dan lutut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Honda Wave dari arah jambatan Pok Nik Lah menghala ke arah Simpang Tiga Pulau Belanga di sini.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah lori jenis Hicom dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun yang berada di bahu jalan telah naik ke laluan utama.

“Insiden itu menyebabkan pelajar yang berada di laluan yang sama tidak sempat mengelak dam merempuh bahagian kanan lori sebelum terperosok di bawah kenderaan itu.

“Siasatan mendapati, kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu lori yang menaiki ke jalan utama dan tidak memberi laluan kepada mangsa sehingga berlaku kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Rosdi, siasatan lanjut kemalangan itu masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI