fbpx

Bomba selamatkan lelaki tersepit mesin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang pekerja kilang yang tersepit dalam mesin semasa bekerja di kawasan Gemas, di sini, tadi. - FOTO/ IHSAN BOMBA

TAMPIN – Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang pekerja kilang yang tersepit dalam mesin semasa bekerja di kawasan Gemas, di sini, tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Abu Bakar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan pada pukul 2.05 petang.

Menurutnya, sebaik tiba, didapati terdapat seorang mangsa lelaki berusia 30-an tersepit pada sebuah mesin.

“Mangsa cedera di bahagian kaki telah berjaya di bawa keluar oleh pihak bomba dengan selamat dan seterusnya diserahkan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk di hantar ke hospital berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI