fbpx

Selesaikan 4 tuntutan atau ke mahkamah – PSPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada ahli PSPRM bergambar selepas menyerahkan memorandum tuntutan veteran ATM di Putrajaya, hari ini.- FOTO/ FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM) menuntut empat perkara asas melibatkan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dibangkitkan sejak lapan tahun lalu.

Empat perkara itu adalah penyelarasan pencen, tempoh perkhidmatan, pengampunan kepada pegawai atau anggota yang dijatuhkan hukuman dan Pencen Hilang Upaya (PHU).

Presidennya, Mejar (B) Mior Rosli Mior Jaafar berkata, pihaknya tampil menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini menunjukkan keseriusan dan sekiranya tiada tindakan kerajaan, isu berbangkit akan dibawa ke mahkamah.

“Selama ini kita lakukan secara lembut dengan berjumpa, mesyuarat, sediakan kertas kerja tetapi apa yang berlaku kerajaan bersilih ganti bertukar, dengan janji dan terus berjanji namun tiada jalan penyelesaian

“Apa yang dituntut ini bukannya perkara yang melebih-lebih sebaliknya adalah hak veteran dari segi undang-undang yang dinafikan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum PSPRM kepada wakil Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Lebih 50 ahli PSPRM hadir menyatakan sokongan kepada usaha PSPRM malah tujuh daripada mereka berjalan dari Ipoh, Perak ke Putrajaya sejak 11 September lalu manakala bakinya berkenaan berjalan bersilih ganti sepanjang 254 kilometer.

Mior Rosli berkata, tuntutan pertama adalah mengenai penyelarasan pencen yang kali terakhir diselaraskan pada 2013 berbanding mereka yang dalam perkhidmatan dinaikkan mencecah 50 peratus hingga mewujudkan jurang orang yang bersara selepas tahun 2013.

Perkara kedua membabitkan syarat perkhidmatan dalam ATM yang hanya menerima pencen selepas perkhidmatan diakui sekurang-kurangnya 21 tahun.

Perkara ke tiga pula berkaitan dengan anggota atau pegawai ATM yang dijatuhi hukuman dan tidak akan diiktiraf sebagai veteran sedangkan orang politik pula mempunyai kelebihan yang berbeza.

Manakala bagi perkara keempat, PSPRM menuntut agar PHU dikaji semula dan dibuat dengan bersistem berikutan saat ini terdapat 15 individu yang kini kehilangan upaya kerana cedera ketika menentang komunis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI