fbpx

PAC bebas siasat projek perolehan kapal peronda luar pesisir APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) ketika merasmikan gimik pelancaran yang memaparkan logo Semarak Patriotik IPT 2022 di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bebas untuk menyiasat projek pembinaan tiga kapal peronda luar pesisir (OPV) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bernilai RM740 juta yang masih belum siap sejak dua tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PAC berhak memanggil mana-mana individu atau pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan berhubung sebarang isu berbangkit membabitkan kepentingan umum.

Jelasnya, PAC merupakan sebuah badan bebas yang dianggotai wakil rakyat daripada pihak kerajaan dan pembangkang.

“Terserah kepada PAC untuk jalankan atau cepatkan siasatan mengenai isu OPV. Kita (kerajaan) tidak akan buat desakan supaya mereka segerakan siasatan berkaitan isu OPV.

“Mereka (PAC) berhak memanggil mana-mana jabatan, agensi kerajaan atau kementerian untuk mendapatkan penjelasan mengenai sebarang isu berbangkit,” katanya pada sidang akhbar Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022, di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, tiga buah OPV milik APMM yang sepatutnya diterima pada 2020 masih sedang dalam pembinaan oleh syarikat tempatan iaitu THHE Destini Sdn. Bhd. yang terletak di Pulau Indah.

Katanya, pandemik Covid-19 merupakan antara punca berlakunya kelewatan penyerahan kapal tersebut kepada pihak Maritim Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI