fbpx

KPM perkenal program cungkil bakat baharu sukan takraw

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (belakang tengah) bergambar bersama para pelajar selepas Program Pengukuhan Sukan Sepak Takraw di Sekolah Kebangsaan Presint 5 (1) Putrajaya, hari ini.- FOTO/ FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan Program Pengukuhan Sukan Sepak Takraw di peringkat sekolah rendah bagi mencari bakat sukan dan pelapis sukan berkenaan pasa masa depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, fasa pertama program membabitkan 150 sekolah dengan penyertaan 1,200 murid dan bimbingan oleh 10 mentor terdiri daripada jurulatih sepak takraw sekolah.

Beliau berkata, sekiranya murid mempunyai potensi untuk diketengahkan, mereka ini akan dibawa ke pusat latihan daerah, sekolah sukan negeri atau sekolah sukan Malaysia.

“Ini adalah satu usaha menyeluruh untuk melihat dan memastikan potensi murid dapat dioptimumkan selain mengesan bakat sukan baharu.

“Fasa pertama program ini turut melihat model yang terbaik dan sesuai selain melihat sebarang penambahbaikan dan sumber yang diperlukan sebelum bergerak ke fasa seterusnya,” katanya
pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Pengukuhan Sukan Sepak Takraw di sini, hari ini.

Katanya, program tersebut adalah sebahagian daripada usaha KPM untuk memberi ruang seluas-luasnya kepada murid sekolah menonjolkan kebolehan dan bakat masing-masing.

Radzi berkata, beliau juga mahu setiap murid yang datang ke sekolah merasakan mereka mempunyai kekuatan dan kelebihan.

“Jika mereka agak terkebelakang dalam bidang akademik, mereka juga perlu sedar bahawa dalam diri mereka ada kelebihan dan kekuatan lain terutama dalam bidang sukan.

“Jika mereka rasa ada kekuatan itu, mereka akan hadir ke sekolah dan sekali gus tidak berlaku lagi isu keciciran di sekolah,” katanya.

Ujar beliau, KPM juga akan terus bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta beberapa kementerian lain bagi memastikan program itu diteruskan pada masa hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI