KUALA LUMPUR – Kadar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dinaikkan daripada 75 peratus kepada 100 peratus bagi mahasiswa golongan M40.
Berita gembira tersebut dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada Majlis Kemuncak Semarak Patriotik IPT 2022 di Stadium Pavilion, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
Sementara itu, beliau berkata, mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta daripada golongan M40 juga yang merupakan peminjam PTPTN kini layak memohon pinjaman komputer riba sepanjang pengajian. – KOSMO! ONLINE