fbpx

2,431 kes Covid-19, tujuh kematian dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 menunjukkan peningkatan kepada 2,431 kes semalam dengan lapan kes import berbanding 1,942 kes kelmarin yang sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,811,327 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan pertambahan 606 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 26,299 kes.

Sejumlah 1,820 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,748,732 orang.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 720 kes diikuti Kuala Lumpur (452), Perak (234), Sabah (219), Sarawak (112), Pulau Pinang (108), Negeri Sembilan (105), Kedah (100), Melaka (82).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Kelantan (78), Johor dan Pahang (masing-masing 64), Putrajaya (46), Terengganu (34), Perlis (sembilan) dan Labuan (empat),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak tujuh kematian dilaporkan dengan dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,296 dan BID 7,713.

Sebanyak 25,024 kes dikuarantin di rumah, tujuh kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,206 kes di hospital, 22 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 40 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI