fbpx

Jokowi mahu beli minyak mentah Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jokowi bersalam dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin semasa kunjungan ke Moscow pada 30 Jun lalu. - Biro Sekretariat Presiden

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo(Jokowi)  memaklumkan bahawa  pentadbirannya sedang membuat pertimbangan untuk membeli minyak dari Russia sementara harga minyak mentah dunia sedang mengalami penurunan mendadak.

Menurut laporan laman Tribunnews kelmarin, Jokowi menegaskan pihaknya sentiasa memantau semua pilihan terbaik untuk kepentingan negara.

“Kami (kerajaan) selalu memantau semua pilihan yang ada dan akan memilih yang terbaik buat Indonesia.

“Jika ada negara yang menawarkan harga minyak lebih baik dan berpatutan, kita (Indonesia) tidak mempunyai masalah untuk melakukan urusan jual beli,” tegas Jokowi.

Indonesia sedang mempertimbangkan langkah menuruti China dan India yang telah membeli berpuluh-puluh  juta tan minyak Rusia bagi mengimbangi tekanan fiskal disebabkan oleh peningkatan kos tenaga.

Kenaikan harga minyak mentah dunia adalah akibat daripada konflik yang semakin meruncing antara Rusia dan Ukraine.

Ini memaksa kerajaan pusat menaikkan harga bahan api di Indonesia ke paras tertinggi pada awal September 2022.

Pada Ogos lalu, Menteri Pelancongan, Sandiaga Un mendedahkan bahawa Indonesia telah ditawarkan minyak mentah Rusia pada diskaun 30 peratus.

Namun, sehingga kini, Jokowi masih belum memutuskan sama ada Indonesia secara rasmi akan mengikut langkah negara jirannya untuk mengimport minyak dari Rusia atau terus mengimport minyak dari pasaran global dengan harga melambung tinggi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI