fbpx

Letak 70 bangkai dalam beg pakaian, tong sampah untuk kaji kes pembunuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat yang disumbat ke dalam beg pakaian sepatutnya memberikan hasil penyelidikan baharu kepada penyiasat di lokasi kejadian. -Hannah Andrews / SWNS

CANBERRA – Sekumpulan penyelidik di Australia menjalankan satu kajian berkaitan kes pembunuhan dengan meninggalkan hampir 70 ekor bangkai anak babi di dalam tong sampah dan beg pakaian di sekitar kawasan belukar, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kajian itu dijalankan di Australia barat di mana beg pakaian dan tong sampah diisi dengan anak babi yang mati semasa lahir dengan harapan untuk mengkaji dan memahami proses penguraian.

Penyelidik berharap untuk memahami kesan perubahan suhu dan kelembapan di dalam dan luar beg pakaian, serta perubahan pada tulang atau badan.

Beberapa ekor anak babi yang dilahirkan mati dijadikan sebagai kumpulan kawalan dengan dibiarkan terdedah kepada pelbagai unsur. 

Pensyarah kanan sains forensik Universiti Murdoch, Paola Magni berkata, berpuluh-puluh bangkai disembunyikan di dalam ‘persekitaran akses terhad’.

Beg pakaian, tong beroda, kereta dan almari kebiasaannya dijadikan tempat pembuangan yang berpotensi untuk mangsa pembunuhan.

Magni berkata, perkara itu berlaku kerana pelaku cuba mengelak mangsa untuk ditemui dengan mudah oleh pihak berkuasa atau memerlukan lokasi di mana mereka boleh menyimpan dan memindahkan mayat buat sementara waktu dari satu tempat ke tempat lain.

Menurut Magni, tempat-tempat itu adalah lokasi kejadian jenayah utama di mana peritiwa kematian/pembunuhan berlaku dan tempat jenayah sekunder di mana mayat ditinggalkan dan ditemui.

Daripada kajian penguraian bangkai itu, Magni percaya ia akan memberikan maklumat penting mengenai restorasi tempat kejadian jenayah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI