fbpx

Lelaki kecewa isteri tidak hargai kejutan kek beserta lilin sambut hari lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan lelaki itu akhirnya melempar pinggan berisi kek dan lilin ke luar rumah selepas isterinya enggan keluar bilik. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi mangsa kecaman netizen apabila dia enggan melayan permintaan suami yang mahu menyambut hari lahir bersama-sama, lapor laman Suara semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram, kelihatan seorang lelaki bersongkok membawa pinggan berisi kek dan lilin yang dinyalakan menuju ke bilik isterinya.

Apabila pintu diketuk, wanita itu membuka pintu dan melihat suaminya memegang kek serta meminta dia keluar untuk meraikan hari lahir bersama.

Bagaimanapun, wanita itu enggan keluar walau dipujuk beberapa kali dengan alasan malu dirakam dalam video.

Akhirnya, suami wanita itu putus asa dan melemparkan pinggan berisi kek ke luar pintu rumah sebelum video tamat.

Rata-rata pengguna media sosial mengkritik sikap wanita itu yang dikatakan tidak wajar terhadap usaha yang dilakukan oleh suaminya.

“Sepatutnya rasa bersyukur suami masih ingat tarikh hari lahir dan cuba membuat kejutan romantis,” komen seorang pengguna media sosial.

“Mungkin isterinya memang ada perangai anti kamera,” tulis seorang lagi.

Video tersebut tular dan meraih hingga melebihi 4,200 tanda suka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI