fbpx

Datuk bandar di Perancis enggan kibar bendera separuh tiang buat Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kibaran bendera Perancis separuh tiang di Istana Elysee, Paris pada 9 September lalu. - AFP

PARIS – Beberapa datuk bandar berhaluan kiri di Perancis mengumumkan tidak akan mengibarkan bendera separuh tiang di bandar mereka sebagai penghormatan kepada mendiang Ratu Elizabeth II, lapor laman berita RT semalam.

Meskipun Presiden Perancis, Emmanuel Macron merupakan antara pemimpin dunia yang mengucapkan takziah di atas kemangkatan Ratu Elizabeth II dan mengibarkan bendera separuh tiang di kediaman rasminya, Istana Elysee, tidak semua pemimpin negara itu bersetuju dengan tindakan tersebut.

Datuk Bandar Bourges, Yann Galut berkata,  perbuatan mengibarkan bendera separuh tiang buat monarki asing adalah tidak masuk akal.

“Negara ini berstatus republik, mengapa saya perlu memberi penghormatan kepada monarki luar?

“Saya bersimpati atas kehilangan rakyat Britain tetapi saya tidak akan mengibarkan bendera Perancis separuh tiang di bandar ini,” tegas Galut.

 Datuk Bandar  Faches-Thumesnil, Patrick Proisy pula berkata,  tindakan mengibarkan bendera separuh tiang untuk  monarki bertentangan dengan negara republik itu yang mengutamakan  kesaksamaan, kebebasan dan persaudaraan.

Tidak jelas sama ada datuk-datuk bandar yang berdegil akan menghadapi sebarang hukuman kerana keingkaran mereka. 

Namun,  Timbalan Ketua Persatuan Datuk Bandar Perancis, Philippe Laurent memberi amaran bahawa mereka mungkin berdepan risiko digantung tugas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI