fbpx

Korek ‘tahi telinga’ jejaskan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Membersihkan ‘tahi telinga’ merupakan satu perbuatan yang tidak perlu dilakukan kerana bakal membahayakan kesihatan organ tersebut.

Satu perkongsian melalui Facebook Medical Mythbusters Malaysia menjelaskan, aktiviti tersebut tidak perlu dilakukan yang mana ‘tahi telinga’ yang ada itu tidak perlu dibuang.

“Masih ramai kurang sedar mengenainya, anda hanya perlu bersihkan menggunakan lap yang bersih pada bahagian cuping telinga dan luaran sahaja.

“Tidak perlu menggunakan alat untuk membersihkan telinga seperti cotton bud atau besi pengorek,” jelasnya.

Tambah perkongsian tersebut, tabiat berkenaan hanya akan mendatangkan risiko kecederaan kepada salur telinga dan boleh menyebabkan risiko jangkitan pada telinga serta boleh mengakibatkan ear wax lebih masuk ke dalam.

“Anda hanya perlu dapatkan pemeriksaan telinga bersama doktor.

“Doktor akan lakukan pemeriksaan dan beritahu bahawa telinga anda perlu dicuci di hospital atau klinik, atau boleh dirawat dengan ubat titis sahaja,” tulis hantaran itu lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI