fbpx

Ini barulah cantik Aina Abdul!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINA ABDUL anggun hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

JIKA sebut tentang fesyen pelik dan unik, pasti nama Aina Abdul yang muncul dalam benak fikiran ramai.

Sering dikecam, namun sejak kebelakangan ini Mizz Lahar perasan Aina kurang berfesyen dengan busana aneh atau menyeramkan.

Kebanyakan busana yang digayakan kelihatan normal dan tidak keterlaluan seperti kebiasaannya sebelum ini.

Tidak pastilah sama ada Aina ingin berubah atau hanya sementara waktu, namun ramailah yang memuji dan berharap dia kekalkan imej sebegitu.

“Macam ini barulah cantik Aina. Tak perlu fesyen pelik, cukup sedap mata memandang,” komen netizen.

“Suka tengok Aina berpakaian begini, tidak perlu imej ganjil sebab awak sememangnya sudah hebat ditambah pula memiliki vokal yang padu,” ujar seorang lagi peminatnya.

Sepertinya ramai yang mahu Aina kekal gayakan fesyen normal sebegini. Harapnya pelantun lagu Semalam itu akan pertimbangkan semua permintaan peminat.

Tidak salah mencuba dalam fesyen tetapi janganlah keterlaluan sehingga memualkan.

MIZZ LAHAR: Selepas Dewa 19, tak sabar tunggu konsert Ungu dan Noah pula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI