fbpx

Barcelona tuai malang di Munich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARCELONA meraih banyak peluang terbaik, namun faktor penyudah menjadi penghalang ketika mereka berdepan kekalahan kepada Bayern awal pagi semalam. – AFP

MUNICH – Barcelona berdepan kekalahan pertama mereka musim ini selepas tewas 0-2 menentang Bayern Munich pada aksi Kumpulan C Liga Juara-Juara di Allianz Arena awal pagi semalam.

Dua gol yang diledak Bayern menerusi Lucas Hernandez dan Leroy Sane pada babak kedua membantu kemenangan mereka di laman sendiri ketika Barcelona memiliki deretan peluang terbaik pada babak pertama.

Kegagalan jentera serangan menembusi gawang Bayern mendapat perhatian jurulatih mereka, Xavi yang menganggap ia adalah punca kegagalan me­reka untuk meraih sebarang mata pada perlawanan berkenaan.

“Perbezaan antara kami dan Bayern adalah mereka tidak men­sia-siakan peluang yang diperoleh ketika di hadapan gol.

“Keputusan ini tidak memberikan gambaran keseluruhan perlawanan, tetapi ini adalah Liga Juara-Juara. Jika anda terlepas peluang, akhirnya anda perlu menanggung risiko besar. Kami gagal melakukannya,” katanya.

Dalam perlawanan itu juga, kontroversi timbul apabila pe­­ngadil tidak memberikan sepakan penalti kepada Barcelona ketika Ousmane Dembele dijatuhkan di dalam kotak pe­nalti oleh Alphonso Davies.

“Saya tidak melihat situasi itu, tetapi semua orang menyatakan bahawa ia sepatutnya penalti. Saya tidak mahu memberikan komen mengenai mutu penga­dilan pada aksi kali ini.

“Kami memiliki enam atau tujuh lagi peluang lain untuk menjaringkan gol. Kami sudah melakukannya bukan untuk mengakhiri perlawanan dengan seri, tetapi untuk menang. Malangnya nasib kami tidak begitu baik,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN