fbpx

Pelajar lelaki trauma dibelasah, diugut rakan setingkatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORWANI Abdul Wahid (kiri) menunjukkan bahagian telinga anaknya yang dipukul rakan sebaya dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar, Isnin lalu.

KUALA KANGSAR – Seorang pelajar lelaki tingkatan lima trauma selepas didakwa dibelasah dan diugut rakan setingkatan dalam kejadian di sebuah sekolah di sini kelmarin.

Kejadian berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika mangsa berusia 17 tahun berada di tandas sekolah sebelum dia dihampiri rakan setingkatan dan berlaku salah faham.

Dalam insiden itu, mangsa mendakwa dicekik dan dipukul di bahagian muka dan telinga, ditolak ke dinding dan dipukul di dada sehingga terjatuh selain ditendang beberapa kali.

Menurut ibu mangsa, Norwani Abdul Wahid, 41, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu pada malam hari kejadian selepas mangsa menangis kesakitan dan minta dihantar ke hospital.

Katanya, akibat kejadian itu, anaknya mengalami kecederaan tisu lembut di dada selain kesan lebam dan bengkak di beberapa bahagian badan.

“Saya diberitahu ketika kejadian itu ada beberapa lagi pelajar namun mereka hanya melihat anak saya dipukul hingga lembik dan hampir pengsan.

“Kawan-kawan yang jumpa dia cuba bantu namun mereka tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak sekolah kerana bimbang akan dimarahi guru,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, dia telah membuat laporan polis berkaitan kejadian itu semalam dan mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap individu terbabit.

Katanya, sejak kejadian itu, anaknya bukan sahaja trauma berada di luar rumah malah dia juga takut untuk kembali ke sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI