fbpx

Spurs ‘duka’ angkara silap sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS terlepas peluang untuk membawa pulang mata selepas mereka tewas 0-2 menerusi gol lewat permainan oleh Lisbon awal pagi semalam. – AFP

LISBON – Kesilapan yang dilakukan oleh para pemain pada penghujung permainan menyaksikan Tottenham Hotspur terpaksa membayarnya dengan harga mahal apabila tewas 0-2 kepada Sporting Lisbon di Stadium Jose Alvalade awal pagi semalam.

Ketika Spurs hampir membawa pulang sekurang-kurang­nya satu mata, kesilapan yang berlaku pada masa kecederaan membolehkan tuan rumah memperoleh dua gol menerusi Paulinho dan Arthur.

“Tahap Liga Juara-Juara cukup tinggi dan kamu perlu mengurangkan kesilapan kerana pada akhirnya, inilah harga yang kami perlu bayar. Ia bukan soal seri, tetapi kita sedang bercakap tentang kekalahan.

“Semua pemain tahu tahap ini adalah cukup penting dan kami perlu terus tingkatkan prestasi. Keputusan seri mungkin lebih adil, tetapi Sporting berjaya memanfaatkan peluang.

“Pada 10 minit terakhir, kami patut mampu lakukan lebih baik. Hakikatnya, ini adalah perlawanan yang sukar dan sekarang kami perlu mengalihkan tum­puan kepada saingan Liga Perdana Inggeris,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan Spurs menghuni tangga kedua dengan hanya tiga mata hasil kemenangan 2-0 ke atas Olympique Marseille minggu lalu.

Sementara itu, penyerang Sporting Lisbon, Marcus Edwards yang pernah bersama Spurs sebelum ini akui dapat merasakan keperitan sedang dihadapi The Lilywhites.

“Saya tidak mahu katakan ia detik istimewa, tetapi sudah pasti detik ini sesuatu yang agak janggal bagi saya menentang Spurs,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI