fbpx

Marc Marquez kembali beraksi di GP Aragon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ kembali ke saingan kompetitif selepas berehat panjang akibat kecederaan dengan mengesahkan penyertaan pada GP Aragon. – AFP

ARAGON – Juara dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez mengesahkan diberi lampu hijau untuk kembali ke litar bagi mengharungi perlumbaan kompetitif buat kali pertama dalam tempoh enam bulan pada Grand Prix (GP) Aragon minggu ini.

Sebagai rekod, Marquez telah mengalami kecederaan serius di bahagian lengan kanannya pada awal musim ini sehingga terpaksa berehat panjang selepas menjalani pembedahan di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, jaguh kelahiran Sepanyol itu telah menjalani sesi latihan bebas di Litar Misano minggu lalu dan kini dibenarkan oleh pasukan dan pegawai perubatan untuk turun bersaing pada perlumbaan minggu ini.

Kata Marquez, perasaan ketika ini sudah tentu cukup teruja kerana sudah lama menantikan detik untuk membuktikan kemampuan sebenar di atas litar selepas diketepikan ekoran pembedahan di tangan kanan.

“Seperti yang sedia maklum, saya kini kembali positif selepas dibenarkan untuk kembali ber­saing secara kompetitif dengan aksi pertama di GP Aragon ming­gu ini.

“Selepas berbincang dengan pihak pengurusan dan pegawai perubatan, mereka percaya apa yang penting ketika ini adalah perlumbaan sebenar bagi memastikan saya dapat membuat persiapan terbaik musim depan.

“Apa yang pasti, GP Aragon adalah litar yang cukup dekat di hati saya dan kehadiran saya bukan sekadar tangkap muat, sebaliknya saya menyasarkan keputusan yang baik kali ini,” kata Marquez yang telah mengutip 60 mata selepas mengharungi enam perlumbaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI