fbpx

Jentera serangan Atletico ‘tenggelam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAREZ (kanan) mempamerkan prestasi mengecewakan apabila gagal mencipta percubaan tepat ketika seri tanpa jaringan dengan Villarreal pada aksi La Liga kelmarin. – AFP

MADRID – Bek tengah Atletico Madrid, Stefan Savic menegaskan, prestasi mereka tidak wajar dikritik selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Villarreal yang mengamalkan taktikal bertahan secara ‘parkir bas’ pada aksi La Liga di Stadium Wanda Metropolitano kelmarin.

Lebih malang, Atletico gagal merekodkan sebarang percubaan tepat ke arah gawang gol Villareal sepanjang tempoh 90 minit perlawanan meskipun menyenaraikan bekas penyerang prolifik Barcelona, Luis Suarez dalam kesebelasan utama.

“Pasukan kami sudah berusaha sehabis baik untuk melakukan serangan tetapi tidak berjaya kerana taktikal pertahanan yang cukup agresif ditampilkan Villarreal.

“Sepanjang 90 minit perlawanan itu juga pihak lawan menampilkan corak permainan yang sama seperti ‘parkir bas‘ dan mereka ternyata tidak berminat untuk bermain bola sepak sebenar.

“Keputusan ini memang mengecewakan kerana kami sekali lagi keciciran mata pen­ting untuk saingan liga domestik dalam usaha mencabar kejua­raan musim ini,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Atletico, Diego Simeone meluah­kan kekecewaannya kerana gagal mengutip tiga mata penuh disebabkan ketumpulan jentera serangannya yang dilihat seperti ‘hilang arah’ sepanjang perlawanan tersebut.

“Tiada alasan yang boleh saya berikan kerana kami mendominasi sebahagian besar perlawanan tetapi jentera serangan tumpul selain faktor pertahanan mantap ditunjukkan pihak lawan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI