fbpx

Rakyat Kelantan teruja, gembira akhirnya tatap wajah Sultanah Nur Diana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah.

KOTA BHARU – Rata-rata rakyat jelata teruja dan gembira selepas dapat menatap wajah Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah melalui hantaran Facebook Unit Media Pejabat Sultan Kelantan semalam.

Pendedahan itu sekali gus menamatkan penantian rakyat untuk melihat raut wajah Sultanah Kelantan yang diisytiharkan pada 2 Ogos lalu.

Seorang surirumah, Zainuin Husin, 57, berkata, sebelum ini dia terkejut selepas mendapat perkhabaran mengenai pengisytiharan Nur Diana Petra sebagai isteri kepada Sultan Muhammad V.

Menurutnya, selepas pengisytiharan itu, dia tidak sabar melihat dan menunggu potret Sultanah Kelantan bersama Sultan Muhammad V.

“Saya gembira melihat raut Sultanah Kelantan kerana keayuan dan kejelitaannya meskipun hanya menerusi gambar di Facebook.

“Harapan saya agar Sultanah Kelantan dapat mentadbir negara dan mesra dengan rakyat jelata sekiranya mencemar duli turun bersama rakyat selepas ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Berita berkaitan: Kemunculan pertama Sultanah Kelantan

Seorang pemilik butik, Zabedah Yusoff, 56, berkata, dia berhasrat untuk melihat wajah Sultan Kelantan lebih dekat lagi sekiranya baginda mencemar duli dalam program-program bersama rakyat.

Menurutnya, dia amat tertarik dengan kejelitaan Sultanah Kelantan dan berharap dapat bersua muka dengan lebih dekat.

“Saya berharap Sultanah Kelantan disukai oleh rakyat jelata dan dapat mentadbir negeri ini dengan baik terutamanya daripada aspek kebajikan dan agama,” katanya.

Terdahulu, Sultanah Kelantan membuat kemunculan pertamanya selepas berkenan menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) yang diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian, di sini kelmarin.

Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam satu kenyataan berkata, baginda turut berkenan mengurniakan cenderamata kenangan kepada semua ahli rombongan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI