fbpx

Mahkamah: Bekas Ketua Penolong Pegawai Daerah mengaku tidak bersalah terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Asraf ketika dibawa untuk pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Shah Alam. FOTO ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Bekas Ketua Penolong Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Langat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua tuduhan rasuah RM7,000 bagi kerja penurapan semula jalan di buah lorong di Kuala Langat pada tahun 2020 dan 2021.

Tertuduh, Mohd. Asraf Redzuan, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan tersebut, Mohd. Asraf yang ketika itu bertugas Ketua Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Tanah Dan Daerah Kuala Langat telah meminta wang RM5,000 dan menerima upah RM2,000 daripada seorang lelaki berusia 44 tahun.

Ini sebagai imbuhan membantu sebuah syarikat mendapatkan kerja-kerja menurap semula Lorong Orkid 4 dan Lorong Kenanga 1, Kampung Batu 10, Kebun Baru, Daerah Kuala Langat dengan harga kerja RM95,362.80.

Bapa kepada dua anak itu melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Pentadbiran, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan sebuah cawangan bank di daerah ini pada 11 November 2020 dan 24 Februari tahun lalu.

Mohd. Asraf yang kini bertugas dengan jawatan sama di Pejabat Tanah dan Daerah Sepang didakwa
mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pegawai Pendakwa SPRM Mohd. Aliff Shahruzaman menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri
pada minggu pertama setiap bulan di pejabat SPRM yang berdekatan.

Peguam Nik Muammer Hurrie Mohamad Sukri memohon jaminan dikurangkan ekoran anak guamnya mempunyai empat anak yang masih kecil selain turut memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jumlah jaminan dipohon dan syarat tambahan pihak pendakwaan. Sebutan semula kes pada 27 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI