fbpx

Kilang sembelih ayam kotor diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara ayam mentah yang diproses diletakkan di atas lantai.

KUALA LUMPUR – Menjalankan perniagaan dalam persekitaran kotor dan daif, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu sebuah kilang penyembelihan ayam di Cheras di sini, semalam.

DBKL dalam kenyataan berkata, serbuan pukul 1 pagi melibatkan 21 anggota penguat kuasa mendapati premis terbabit telah mengabaikan aspek kebersihan.

“Lantai dan dinding di ruang memproses ayam berkarat, berlumut dan berdaki (hitam) hasil daripada aktiviti sembelihan.

“Malah ayam mentah yang diproses diletakkan di atas lantai dan tidak mempunyai kelengkapan asas serta tandas yang kotor,” katanya semalam.

Menurut DBKL, pihaknya turut mengesan hampir semua pekerja di premis berkenaan tidak mendapatkan suntikan tifoid.

“Mereka juga gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri kerana hampir semua pekerja merupakan warga asing,” ujarnya.

Dalam pada itu, kilang tersebut turut dikesan tidak mempunyai sistem penapisan selain melepaskannnya ke saliran longkang awam tanpa dirawat.

Susulan itu, DBKL mengeluarkan dua kompaun dan Notis Perintah Penutupan di bawah Akta Makanan 1983 dengan arahan pembersihan dan penambahbaikan.

Selain itu, Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut mengambil sampel air untuk dianalisa serta penahan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta 127. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI