fbpx

Belum masanya City tekan butang panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STERLING (tengah) membuktikan kemampuannya beraksi pada posisi penyerang utama apabila berjaya meledak satu gol buat City sewaktu seri 1-1 dengan Leeds awal pagi semalam. – AFP

LEEDS – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menepis kritikan yang mengatakan skuad bimbingannya tidak mempunyai kemampuan untuk menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas sekadar seri 1-1 dengan Leeds United awal pagi semalam.

Skuad The Citizens terpaksa akur dengan semangat pasukan tuan rumah yang berjaya mempamerkan kebangkitan untuk mengutip satu mata berharga pada aksi yang berlangsung di Stadium Elland Road itu.

Bagaimanapun, Guardiola, 49, menegaskan bahawa keputusan itu tidak akan mematahkan semangat anak-anak buahnya dalam usaha merampas semula kejuaraan EPL meskipun mereka baru mengutip empat mata daripada tiga perlawanan setakat ini.

“Sekarang bukan masanya untuk saya menekan butang panik. Perjalanan liga baru sahaja bermula dan ini adalah masa terbaik untuk kami memperbaiki setiap kelemahan yang dilakukan di peringkat awal musim ini.

“Setakat ini saya belum risau, malah cukup berpuas hati de­ngan prestasi pasukan. Perlu ­diingat bahawa salah satu sebab prestasi kami merudum di­sebabkan kecederaan dialami pemain-pemain utama pasukan,” ­katanya.

Sementara itu, Guardiola me­ngakui, Leeds berhak meraih satu mata selepas Rodrigo Moreno berjaya bangkit menjaringkan gol penyamaan buat Leeds pada minit ke-59.

Ia sekali gus memadam gol awal City yang dijaringkan Raheem Sterling pada separuh masa pertama perlawanan.

“Ia adalah aksi yang cukup menarik antara kedua-dua pasukan yang berusaha untuk melakar kemenangan. Jujurnya, saya tidak terkejut dengan prestasi luar biasa Leeds yang mendapat sentuhan Marcelo Bielsa,” jelas Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI