fbpx

Penggiat seni tuntut hak royalti daripada Prism Berhad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam, Datuk Kamaruzaman Arif bercakap pada sidang akhbar Tuntutan Royalti Penggiat Seni di Pejabat Peguam Kamaruzaman Arif & Sofiah, Shah Alam, Selangor pada hari ini. - Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Seramai 32 penggiat seni tanah air termasuk penyanyi dan pemuzik memfailkan notis usul berserta afidavit sokongan bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memfailkan saman bagi menuntut pembayaran royalti daripada Prism Berhad.

Notis usul difailkan melalui firma Tetuan Kamaruzaman Arif & Sofiah pada 9 September lalu yang julung-julung kali dilakukan oleh penggiat seni tanah air.

Antara penyanyi yang terlibat dalam memfailkan notis usul ini ialah Datuk Dj Dave, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Malek Ridzuan, Azharina dan Aris Ariwatan.

Wakil Tetuan Kamaruzaman Arif & Sofiah, Datuk Kamaruzaman berkata, semenjak tahun 2017 sehingga 2021 tiada sebarang pengagihan royalti dibuat kepada pihak plaintif.

“Menurut perlembagaan Prism Berhad, bayaran royalti pelaku hendaklah diagihkan sekali setahun tetapi semenjak tahun 2017 sehingga 2021 tiada sebarang bayaran diberikan kepada penghiat seni terbabit walaupun telah dituntut.

“Maka kami telah failkan notis usul bersetta afidavit dan telah didaftar di mahkamah. Ini ialah tindakan berkumpulan dan individu serta mahu satu pengisytiharan bahawa royalti yang dikutip ialah wang amanah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, antara tuntutan lain yang dilakukan oleh kesemua penggiat seni terhadap Prism Berhad ialah Pecah Kontrak, Perlanggaran Amanah dan Doktrin Pengesanan.

“Ini baru titik permulaan untuk mengesan kewujudan kutipan tersebut, siapa yang mengawal selia, ke mana saluran wang tersebut dan adakah pengurusan duit tersebut sah di sisi undang-undang.

“Selain itu, kami juga ingin tahu cara pengagihan kiraan royalti dan apakah sistem yang digunakan,” katanya lagi.

Ujar Kamaruzaman, pihaknya juga menolak sekiranya defendan ingin menyelesaikan di luar mahkamah.

“Kami mahu gunakan sistem perundangan untuk pihak plaintif menuntut hak mereka dalam isu royalti. Biarlah semuanya terjawab di mahkamah agar kebenaran terbongkar.

“Ini bukan sahaja perjuangan 32 penggiat seni tetapi juga mewakili 1,632 ahli Prism Berhad lain serta pelapis muda industri seni tempatan.

“Jadi, dengan wujudnya tindakan mahkamah ini, harapnya sinar harapan kepada penggiat industri seni untjm

Konflik royalti tercetus selepas berlaku pertikaian perundangan antara Public Performance Malaysia Sdn. bh. (PPM), Recording Industry Association of Malaysia (RIM) dan Prism Berhad.

Perkara itu mengakibatkan Prism Berhad digulungkan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2018 sebelum dikawal selia oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).

Kemelut tersebut seterusnya mengakibatkan pengagihan royalti terjejas dalam kalangan ahli Prism. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI