fbpx

Netizen kesal peniaga lempar botol sos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang peniaga wanita melemparkan objek dipercayai botol sos kepada pelanggan.

PETALING JAYA – Insiden seorang peniaga wanita melemparkan botol sos dan kata-kata kesat terhadap penghantar makanan terus menjadi perbincangan hangat netizen.

Rata-rata netizen mengecam kejadian yang dipercayai berlaku beberapa hari lalu tersebut kerana dianggap tidak beradab terhadap pelanggan yang menunggu masakan.

Pemilik akaun Facebook, Cik Puan Nadia berkata, seorang peniaga tidak sepatutnya bersikap demikian kerana dibimbangi akan diboikot oleh pelanggan.

“Berniaga kena ada adab. Cakap dengan pelanggan pun ada caranya. Pelanggan yang beri rezeki. Takut esok lusa hilang pelanggan,” katanya.

Pemilik akaun Facebook, Cheah Foo Meng Chai pula berkata, peniaga itu boleh bercakap secara sopan kepada penghantar makanan bahawa masakan lewat disediakan.

“Beri tahu pelanggan kena tunggu giliran lama juga. Bercakap secara sopan. Kalau tak boleh tunggu minta maaf. Habis cerita,” katanya.

Rakaman video insiden peniaga memarahi pelanggan tersebut tular di media sosial sejak semalam dan kejadian dipercayai berlaku di Cheras.

Berdasarkan rakaman video tersebut, seorang lelaki didengari mendakwa dia telah lama menunggu peniaga itu menyiapkan pesanannya.

Bagaimanapun, dia masih belum mendapat pesanannya walau selepas 50 minit menunggu sebelum dia dimarahi oleh peniaga tersebut selepas bertanyakan hal itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI