fbpx

Anjing Rose dipakaikan kolar jenama mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSE bersama anjing peliharaannya, Hank.

“BERTUAHNYA! Saya pun nak jadi anjing Rose.”

Demikian gurauan peminat apabila mengetahui anjing peliharaan milik penyanyi Rose ditatang bagai minyak yang penuh.

Manakan tidak, anjing bernama Hank itu bukan sahaja bertuah kerana hidup sebagai haiwan peliharaan artis popular, bahkan turut dilimpahi kemewahan.

Pengaruh Rosé sebagai duta bagi beberapa jenama mewah dunia bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi turut dinikmati oleh Hank.

Netizen perasan anjing comel itu memakai kolar leher berwarna biru daripada jenama mewah Tiffany & Co.

Maka berbondong-bondonglah komen netizen serta peminat yang ‘mencemburui’ kehidupan mewah Hank yang sebelum ini diambil daripada rumah perlindungan haiwan.

“Hank sedikit demi sedikit mengikut aura kehidupan mewah Rose,” komen seorang netizen.

Anjing berbulu perang dan putih itu merupakan haiwan pertama dibela Rose dan dia memperkenalkan Hank kepada peminat sekitar Disember 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI