fbpx

Dua individu disyaki seleweng wang milik parti politik direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua individu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang sebuah parti politik bernilai lebih RM600,000.

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan reman dua individu selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan wang milik sebuah parti politik bernilai lebih RM600,000.

Permohonan reman terhadap suspek lelaki masing-masing berusia 59 dan 73 tahun itu dibuat di Mahkamah Majistret Georgetown di sini hari ini.

Difahamkan, kedua-dua individu itu merupakan pengarah sebuah yayasan dan juga bekas bendahari serta setiausaha cawangan sebuah parti politik di Pulau Pinang.

Kedua-dua suspek itu ditahan di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang pada pukul 8.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Majistret Rosnee Mohd. Radzuan membenarkan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 19 September depan.

Menurut sumber, suspek disyaki menyalahgunakan wang milik parti politik berkenaan dengan memindahkan wang tersebut ke dalam akaun sebuah syarikat serta yayasan untuk kepentingan peribadi.

”Suspek disyaki menggunakan kedudukan mereka bagi mendapatkan wang rasuah melalui pengeluaran wang daripada akaun bank milik sebuah parti politik untuk diri mereka sendiri.

“Suspek juga memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun syarikat milik mereka serta ke akaun sebuah yayasan,” katanya.

Kedua-dua suspek diwakili peguam, Noorhisham Shaidi dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI