fbpx

Jabatan Perikanan lihat keberkesanan TED sebelum wajib penggunaan di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Muhammad Aznan (duduk) bergambar dengan TED di Hotel LSK, Pantai Remis dekat Lumut hari ini.

LUMUT – Jabatan Perikanan akan melihat keberkesanan penggunaan Peranti Penyisih Penyu (TED) dalam kalangan nelayan pukat tunda udang di Pantai Remis dekat sini terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk mewajibkan penggunaannya.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Perikanan Malaysia, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, untuk peringkat permulaan, sebanyak 40 orang nelayan pukat tunda udang di Pantai Remis akan dilibatkan dalam program penggunaan TED.

“Kita akan lihat dahulu antara setahun hingga dua tahun keberkesanan penggunaannya. Kami akan teliti perkara-perkara seperti kesannya terhadap hasil tangkapan mereka.

“Sebagai contoh, sekiranya mereka memperoleh 800 kilogram (kg) hasil laut dalam sehari dan selepas menggunakan TED masih lagi mampu mendapat 700kg hasil, maka ia tidak banyak bezanya. Jadi waktu itu berkemungkinan kita boleh kuat kuasakan penggunaan peranti itu,” katanya pada sidang akhbar di Pantai Remis dekat sini hari ini.

Wan Muhammad Aznan berkata, penggunaan TED yang dipasang pada pukat tunda udang merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menyelamatkan penyu daripada terperangkap di dalam keroncong pukat tunda.

Pada masa sama, beliau berkata, antara punca kematian penyu yang tinggi adalah disebabkan oleh penggunaan peralatan perikanan terutamanya pukat tunda.

“Menurut rekod kajian Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, dianggarkan sebanyak 43 peratus kematian penyu disebabkan oleh penggunaan peralatan pukat tunda,” katanya.

Tambah beliau, perairan di Perak mempunyai antara 40 hingga 50 ekor pada satu-satu musim dengan bilangan kematian direkodkan adalah antara lima hingga lapan ekor setahun akibat pelbagai faktor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI