fbpx

‘Najib hanya terima rawatan di HKL bukan IJN’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy ketika bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Of Records di Kementerian Kesihatan di sini, hari ini. - FOTO/ FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN) tetapi akan menerima rawatan di hospital kerajaan seperti banduan lain.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bekas Perdana Menteri itu hanya menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) seperti mana prosedur operasi standard (SOP) bagi banduan.

“Kerajaan tidak menafikan rawatan perubatan kepada semua banduan di mana-mana penjara dan pusat tahanan termasuk bekas Perdana Menteri itu.

“Prosedur banduan adalah dirujuk ke hospital kerajaan manakala bagi kes Najib, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memutuskan beliau dihantar ke HKL,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Khairy berkata, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan rawatan terbaik kepada semua banduan dan bukan sahaja Najib kerana ia merangkumi semua banduan.

Hari ini, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, memaklumkan Najib kemungkinan dihantar ke IJN.

Berdasarkan rekod, kebanyakan banduan di Lembah Klang dihantar ke hospital kerajaan terutamanya HKL untuk mendapatkan sebarang rawatan.

Bagi IJN pula, ia adalah sebuah entiti swasta atau badan dikorporatkan di bawah Kementerian Kewangan dan ini tidak tergolong dengan hospital kerajaan yang diterajui Kementerian Kesihatan (KKM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI