fbpx

Aktiviti curi bekalan eletrik, lombong bitcoin tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barang rampasan di dua buah premis di Jalan Budi Utara, Taman Wawasan yang dipercayai digunakan untuk mencuri bekalan letrik dan perlombongan bitcoin.

BATU PAHAT – Aktiviti mencuri bekalan eletrik dan perlombongan bitcoin yang dilakukan di Jalan Budi Utara, Taman Wawasan dekat sini tumpas hasil daripada serbuan pihak Tenaga Nasional Berhad dan Polis Daerah Batu Pahat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, hasil maklumat daripada pihak TNB, satu serbuan dilakukan di dua buah premis kira-kira pukul 11 pagi, semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan polis dan TNB di kedua-dua premis terbabit, mendapati aktiviti perlombongan bitcoin berkenaan masih beroperasi, tanpa ada pengawasan daripada sesiapa serta premis dalam keadaan berkunci.

“Rampasan dilakukan terhadap 204 unit mesin Mining Antminer; 11 buah port switch; dua buah monitor komputer; dua buah CPU komputer dan dua buah router.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1997. Nilai rampasan barangan kira-kira RM204,000 dan nilai anggaran jumlah bitcoin dalam aktiviti perlombongan tersebut masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, individu yang menjalankan kegiatan ini bagaimanapun tidak berada di premis ketika serbuan dilakukan dan pihaknya masih memburunya untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI