fbpx

Tiga polis makan rasuah RM180,000 lepaskan scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang Ketua Bahagian Siasatan Komersial sebuah daerah di Johor antara tiga polis ditahan reman bagi membantu siasatan bersabit tindakan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM180,000 di Mahkamah Johor Bahru hari ini. -FOTO/ RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang Ketua Bahagian Siasatan Komersial sebuah daerah di Johor antara tiga polis ditahan reman bagi membantu siasatan bersabit tindakan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM180,000.

Dua lagi yang terlibat adalah seorang pegawai wanita berpangkat Inspektor dan seorang anggota wanita berpangkat Sarjan.

Perintah reman selama tiga hari terhadap ketiga-tiga kakitangan kerajaan yang berusia antara 33 hingga 36 tahun itu dikeluarkan Majistret, R. Salini.

Perintah itu diberi bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas ketiga-tiga suspek mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat dalam tiga serbuan berasingan, antara 4.25 petang hingga 5 petang, semalam.

Difahamkan, seorang pemilik sebuah kilang kayu berusia 50-an membuat laporan sebaik seorang pegawai polis meminta wang rasuah berjumlah RM160,000 pada 29 Ogos lalu.

Sehari sebelum itu, pengadu mendakwa dia telah menyerahkan RM20,000 kepada seorang anggota polis wanita untuk tujuan yang sama.

Wang itu dipercayai bagi menyelesaikan kes membabitkan pengadu dan isterinya yang terbabit dalam satu kes penipuan.

Terdahulu, ketiga-tiga mereka lengkap berpakaian lokap berwarna oren dengan tangan bergari tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.15 pagi dengan diiringi pegawai dan anggota SPRM. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI