fbpx

Terperangkap dalam hutan Pulau Pangkor akibat kekejangan otot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa mangsa yang kekejangan otot keluar dari hutan di Pasir Bogak, Pulau Pangkor semalam. - FOTO/ IHSAN BOMBA

LUMUT – Dua pelancong yang melakukan aktiviti meredah hutan di Pasir Bogak, Pulau Pangkor terpaksa diselamatkan apabila salah seorang daripadanya mengalami kekejangan otot malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor, Shah Al Haffiz Mohd. Redzuan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 10.27 malam dan segera ke lokasi kejadian yang terletak di kawasan berbukit setinggi kira-kira 10 meter yang berhampiran laut.

“Setiba di lokasi, didapati terdapat dua lelaki berusia 30-an dengan seorang daripadanya mengalami kekejangan otot ketika melakukan aktiviti mendaki di hutan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, difahamkan sebaik mengalami kekejangan otot, rakan mangsa cuba membawa keluar mangsa daripada hutan itu tetapi tidak berdaya tambahan pula lokasi dimasuki mereka agak curam dan berhampiran gaung sebelum meminta bantuan pasukan bomba.

Shah Al Haffiz yang mengetuai operasi menyelamat itu bersama anggota kemudian bergerak ke lokasi kedua-dua pelancong itu dan membawa keluar mangsa yang kekejangan otot menggunakan pengusung ke kaki bukit.

Jelas beliau, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak petugas perubatan untuk tindakan lanjut dan operasi itu tamat pada pukul 12 tengah malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI