fbpx

Sukma: Juara bertahan, Perak langkah kiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara aksi menarik pada perhitungan Kumpulan A Sukan Malaysia (Sukma) di Arena UM, petang tadi. PIX FB Perak Football Club

SKUAD bola sepak Selangor cipta kejutan awal pada penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2022 apabila menewaskan juara bertahan, Perak 2-0 pada aksi Kumpulan A di Arena Universiti Malaya (UM), hari ini.

Sekali terpaksa berdepan Perak yang miliki reputasi hebat dalam saingan Sukma, Selangor nyata tidak menunjukkan rasa gerun apabila dilihat lebih mendominasi permainan.

Mohd Khairil Mohd Zain terlebih dulu meletakkan Selangor di depan pada minit ke-25 dan walaupun turut memiliki peluang terbaik, aspek sentuhan penyudah jelas mengecewakan Perak.

Ketika aksi hampir berakhir 1-0, Pengiran Ilham Mohd Ag Jumaat terus menambah derita Perak dengan menyumbangkan jaringan kedua pada penghujung babak kedua.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Wilayah Persekutuan berjaya menewaskan Negeri Sembilan 1-0.

Rabu ini, Perak bakal berdepan tugas getir dan perlu menewaskan Wilayah Persekutuan pada aksi kedua di Stadium UKM manakala Negeri Sembilan akan membuat perhitungan dengan Selangir di Arena UM. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI