fbpx

Kementerian Perdagangan pastikan harga barang stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUASANA di Pasar Utama, Jakarta Timur. - CNBC Indonesia/Muhammad Sabki

JAKARTA – Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan menyatakan bahawa kementeriannya akan memastikan harga barang keperluan asas kekal stabil dalam kalangan masyarakat, lapor laman berita Tribunnews kelmarin. 

Pihaknya terus melakukan penyeliaan bagi menjangkau turun naik harga terutamanya selepas kenaikan harga bahan api bersubsidi (BBM).

Menurut Zulkifli, Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengarahkan Pemerintah Wilayah supaya meringankan kos pengangkutan barang keperluan asas terutamanya di kawasan yang mengalami kenaikan harga melebihi lima peratus.

“Pemerintah setempat akan membantu subsidi kos pengangkutan supaya harga barang keperluan asas turun. Ini harus diperhatikan agar tidak menjadi tidak menentu,” katanya.

Jelas beliau, pemerintah akan terus mengawal inflasi makanan dengan menjalankan pelbagai usaha bermula daripada operasi pasaran dan subsidi pengangkutan serta mengoptimumkan program Maritim Outlet, Tol Laut dan Jambatan Udara.

Beliau optimis untuk mengawal turun naik harga serta berusaha menstabilkan harga minyak masak yang berjaya mencatat deflasi sekitar empat bulan lalu. 

Zulkifli turut melakukan pemantauan dan bekalan barang keperluan asas di Jawa Tengah. 

“Saya setiap hari memantau harga barang keperluan asas. Di Pasar Karang Ayu, harga barang keperluan asas stabil. Telur terus menurun dengan harga Rp 27.000 (RM8) sekilogram,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI