fbpx

Ibu dua anak mengaku tidak salah terima deposit tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norsyazwany dituduh menerima deposit pelaburan tanpa lesen di Mahkamah Sesyen Sik, Kedah.

SIK – Seorang wanita berusia 23 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 22 pertuduhan menerima deposit tanpa lesen untuk pelaburan berjumlah RM876,375 antara April hingga Ogos lalu.

Tertuduh, Norsyazwany A. Rahim, 23, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim, Najwa Che Mat.

Mengikut kertas pertuduhan, ibu kepada dua orang anak berusia dua tahun dan lapan bulan itu didakwa menerima deposit antara RM2,500 hingga RM489,000 daripada 22 individu secara berasingan.

Ia didakwa dilakukan tanpa lesen yang sah mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758).

Dia dituduh menerima deposit tersebut di lokasi berasingan di sekitar daerah Baling antara 10 April hingga 2 Ogos lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 137 (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM50 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI