fbpx

RichWorks taja PKS Indonesia RM1.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usahawan PKS Indonesia bergambar bersama barisan kepimpinan RichWorks dan RichWorks Indonesia selepas ICM Indonesia di Bali, minggu lalu.

PETALING JAYA – Sebanyak 30 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Indonesia menerima tajaan bimbingan selama enam bulan bernilai RM1.9 juta daripada RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) dan RichWorks Indonesia.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, usahawan terpilih merupakan mereka yang mengikuti program Inner Circle Meeting (ICM) Indonesia di Bali, minggu lalu.

Tambahnya, ia merupakan inisiatif Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks bersama Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia yang dipimpin Dr. Sandiaga Uno.

“Kami mahu pastikan 30 usahawan terlibat, yang dipanggil Mentorship Indonesia mampu bertahan, malah meningkatkan bisnes mereka dalam persekitaran mencabar kini.

“Setiap mereka menerima tajaan bernilai RM65,000 bagi mendapatkan bimbingan online dan offline secara berkala bersama RichWorks untuk membina bisnes berjaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Majlis menandatangani persetujuan penajaan tersebut dibuat pada ICM Indonesia di The Mulia, Nusa Dua, Bali pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RichWorks Indonesia, Aryani Firdaus berkata, peluang ditawarkan tidak akan dapat mencapai matlamatnya sekiranya usahawan itu sendiri tidak mahu berubah dan melakukan tindakan susulan.

“Kejayaan seseorang wira usa­ha itu bermula dan sangat bergantung pada diri mereka sendiri dari segi mentaliti, sikap dan ilmu.

“Oleh itu, mereka yang terpilih perlu bersungguh-sungguh ketika dibimbing dan membuat tindakan seperti mana yang dipelajari,” jelasnya.

Seorang pengusaha kopi dari Indonesia, Julianti Trisnamawan pula memberitahu, dia akan memanfaatkan sebaiknya peluang yang diberi agar menjadi lebih berjaya seperti rakan-rakan usahawan jutawan yang ditemuinya dalam ICM Indonesia.

“Seperti Tuhan telah mende­ngar permintaan saya dalam usa­ha mengembangkan lagi bisnes ini,” ujarnya lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI