fbpx

Robert Lewandowski sedia musnahkan Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWY bakal menjadi sandaran Barcelona untuk merobek gawang Bayern pada aksi awal pagi esok. – AFP

BARCELONA – Penggempur sensasi Barcelona, Robert Lewandowski mengakui langsung tidak terganggu atau berasa kurang selesa ketika dia bakal kembali ke Allianz Arena untuk menentang Bayern Munich pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Kecemerlangan dalam sai­ngan La Liga musim ini menyebabkan ketua jurulatih The Catalans, Xavi hampir mustahil untuk meletakkannya di bangku simpanan pada perlawanan itu nanti sebaliknya dia bakal mengetuai jentera serangan Barcelona.

“Saya rasa selesa, Liga Juara-Juara sentiasa menjadi suatu yang istimewa. Apa yang penting adalah memberikan fokus.

“Saya tidak memikirkan aksi menentang Bayern lagi. Ia pasti­nya sukar, tetapi kami sudah bersedia. Saya mahu menjaringkan gol sebanyak yang boleh,” kata Lewy.

Sementara itu, Xavi mendedahkan bahawa beliau sangat yakin bahawa Barcelona mampu untuk mencabar kejuaraan pentas Eropah musim ini selepas mereka tersingkir di peringkat kumpulan musim lalu.

“Kami kembali dengan memberikan saingan dan memasang impian lebih besar. Kenapa kami tidak mampu memenanginya? Segala-galanya di Barcelona adalah mengenai kemenangan. Saya gemarkan kejayaan.

“Menjadi pasukan pilihan adalah perkara berbeza. Anda perlu merendah diri. Setiap perlawanan adalah seperti ‘perang’ dan kami dahagakan kejayaan ini selepas kemarau sejak 2015,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN