fbpx

Protes kecam kenaikan kos sara hidup di Austria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEBIH 3,000 orang mengambil bahagian dalam prostes terhadap kerajaan Austria pada Sabtu lalu. - Ruptly

VIENNA – Beribu-ribu orang membanjiri jalan-jalan di ibu kota Austria, Vienna pada Sabtu lalu untuk membantah kenaikan kos sara hidup dengan orang ramai mengecam kerajaan dan ‘agenda global’, lapor laman berita RT semalam.

Dianggarkan sekitar 3,000 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut, lapor akhbar Heute yang memetik pasukan polis Vienna.

Perhimpunan lain digelar ‘perarakan patriot’ turut diadakan di pusat bandar Vienna. Pasukan keselamatan mengawal ketat laluan yang digunakan oleh kumpulan penunjuk perasaan, manakala kedua-dua protes berlangsung tanpa sebarang insiden buruk.

Penunjuk perasaan mendakwa bahawa kerajaan Austria mengecewakan rakyatnya sendiri dan berkhidmat untuk kepentingan ‘agenda global’. Sebilangan aktivis mengecam mandat vaksinasi wajib, tetapi isu dominan pada hari kejadian merupakan kos tenaga yang melonjak dan krisis inflasi.

Kumpulan penunjuk perasaan menggesa supaya ‘sekatan bunuh diri’ oleh kerajaan Australia dimansuhkan. Terma itu merujuk kepada langkah-langkah sekatan yang dikenakan oleh Barat termasuk Vienna, ke atas Russia susulan operasi ketenteraan Moscow di Ukraine.

Sebilangan penunjuk perasaan mengecam dasar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang mereka anggap ‘dahagakan perang’ dan agenda pententeraan di Eropah secara umum.

Aktivis-aktivis juga memperingati ‘mangsa vaksinasi’ dalam kedua-dua perhimpunan.

Pada hari sama, kira-kira 7,000 penunjuk perasaan hadir dan berarak di ibu kota Republik Czech, Prague.

Mereka menuntut kerajaan mendapatkan kontrak langsung dengan pembekal gas termasuk Russia supaya harga tenaga yang ‘tidak munasabah’ dapat diturunkan. Kumpulan penunjuk perasaan juga menyeru supaya Prague berpendirian dari segi ketenteraan dan tidak condong kepada NATO dan Kesatuan Eropah (EU). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI