PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda empat negeri di Semenanjung termasuk Sarawak petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, di Perak melibatkan Perak Tengah dan Hilir Perak, manakala di Pahang meliputi Raub, Bentong dan Rompin.
Selain itu, di Johor, hujan lebat hanya tertumpu di daerah Mersing.
“Sarawak pula membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat).
“Hujan lebut dijangka reda selepas pukul 5 petang nanti,” ujarnya.
Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE