fbpx

Liga Super: KL City tundukkan Tok Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zhafri meraikan jaringan yang dilakukan untuk membantu KL City menang 2-0 ke atas Sri Pahang sebentar tadi. /Foto ihsan KL City

PETALING JAYA – Pasukan Kuala Lumpur City (KL City) meneruskan aura cemerlang selepas mengutip tiga mata berharga apabila berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas Sri Pahang pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad Warga Kota yang dikendalikan oleh Bojan Hodak merehatkan beberapa pemain utama dengan memberi kepercayaan kepada pemain tempatan seperti Fakrul Aiman Sidid dan Muhd. Haqimi Azim Rosli untuk memacu jentera serangan.

Pasukan tuan rumah pula membariskan kesebelasan terbaik dengan beberapa pemain import utama seperti Manuel Hidalgo dan Steven Rodriguez diletakkan dalam senarai utama.

Namun, kedua-dua pasukan memulakan aksi dengan hambar apabila beberapa percubaan yang dilakukan gagal menepati sasaran

KL City berjaya memecah kebuntuan apabila Haqimi bijak menyudahkan peluang dengan merembat gol pembukaan selepas menerima hantaran Ryan Lambert pada minit ke-31.

Bersambung pada babak kedua, Sri Pahang memperkemaskan jentera serangan dan peluang terbaik hadir menerusi tandukan Rodriguez tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol, Kevin Ray Mendoza.

Nasib skuad Tok Gajah bertambah malang dengan KL City meledak gol kedua menerusi jaringan Zhafri Yahyah hasil serangan balas pantas menarik pada minit ke-72 dengan kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan tersebut menyaksikan KL City kini mengutip 25 mata dengan menduduki tangga kelima Liga Super manakala Sri Pahang yang dikendalikan oleh Datuk Dollah Salleh kekal dengan 21 mata di kedudukan ketujuh. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI