fbpx

Ibu, anak dikhuatiri lemas terjun laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita dan anak lelakinya dikhuatiri lemas selepas disyaki terjun ke dalam laut hari ini.

JOHOR BAHRU – Dua beranak dikhuatiri lemas selepas dipercayai bertindak terjun ke dalam laut dari tebing setinggi 30 kaki di Jalan Danga Bay berhampiran Country Garden, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan pihaknya mendapat laporan berhubung perkara itu pada pukul 5.35 petang tadi.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan juga telah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa merupakan seorang wanita berusia 37 tahun dan anak lelakinya yang berusia 16 tahun. Pasangan itu dipercayai cuba membunuh diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Haizrul Rahmad memberitahu, seramai 15 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dikejar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, saksi memaklumkan seorang wanita dan seorang lelaki telah terjun ke dalam laut dari tebing.

“Ketinggian tebing daripada laut itu adalah 30 kaki. Operasi pencarian masih dijalankan,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI