fbpx

Isu konsert artis antarabangsa: “Jangan sia-siakan masa” – Prof. Muhaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar konsert seorang artis antarabangsa di negara ini baru-baru ini.

PETALING JAYA – “Saya pun suka berhibur, tetapi saya berhibur dengan suami. Saya menyanyi di rumah sahaja”.

Itu respons oleh pakar motivasi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad tentang isu kebanjiran konsert artis antarabangsa di Malaysia sehingga dikatakan menjadi sebab penularan budaya hedonisme (kehidupan yang mementingkan keseronokan).

Ujar Muhaya, dia tidak bersetuju terhadap apa jua acara yang tidak mendapat keredaan daripada Allah SWT.

“Apa-apa yang Allah tidak reda, saya tak setuju. Salah satu tanda Allah SWT sayangkan seseorang apabila dia (umat) tidak menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia.

“Perkara yang sia-sia itu ialah perbuatan yang tidak memberatkan timbangan di padang Mahsyar nanti. Malaikat sentiasa mencatat perbuatan kita.

“Sebelum buat sesuatu perkara, kita harus fikirkan lima pilihan iaitu iman atau nafsu, syurga atau neraka, taat atau maksiat, dosa atau pahala dan Allah reda atau Allah murka,” katanya.

Ujarnya lagi, jika seseorang bertanyakan kepadanya tentang penganjuran konsert artis luar negara di Malaysia, Muhaya menyarankan masyarakat supaya meletakkan dahulu lima perkara yang disebutkan tadi sebelum membuat sesuatu keputusan.

Bagaimanapun, Muhaya menjelaskan dia tidak berniat untuk menghukum atau menghakimi sesiapa dan hanya memberikan pendapat atas pandangannya secara peribadi.

“Berkenaan dengan hukum, saya tidak mahu komen apa-apa. Saya serahkan pada mereka yang lebih arif,” katanya.

Dalam pada itu, Muhaya yang ditemui ketika Seminar Transformasi Prof. Muhaya Circle (PMC) 2022 ‘Zero Stress Living’ baru-baru ini mendedahkan ramai individu yang terkesan terutama daripada sudut emosi dan perasaan selepas pandemik Covid-19 melanda di seluruh dunia.

Dalam program tersebut, Muhaya menjawab dan mencari solusi bersama peserta-peserta yang hadir untuk menangani masalah tersebut.

“Program PMC ini berdasarkan 41 tahun pengalaman saya bertemu dengan pelbagai lapisan manusia. Alhamdulillah program ini telah membantu lebih 11,000 orang yang sebelum ini mengakui ‘telah mati’ dalam kehidupan.

“Semua yang hadir mahu menjadi lebih positif. Menerusi seminar ‘Zero Stress Living’, peserta akan mengenal pasti sumber stres, apa kesannya dan solusi asas untuk mereka keluar daripada belenggu stres.

“Pada kali ini lebih 500 orang yang menyertai PMC yang pertama kali diadakan secara bersemuka. Semua yang hadir mahu hidup dengan transformasi positif dan menjadikan ‘pencinta tanpa syarat’ sebagai modus operandi kehidupan,” katanya lagi.

Dalam program tersebut, turut dihadiri beberapa selebriti terkenal tanah air seperti Datin Lisa Surihani, Tya Arifin, Hafiz Hamidun, Mia Ahmad, Wany Hasrita dan Amira Othman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI