fbpx

Cuaca buruk di 6 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan berpotensi tinggi melanda empat negeri di Semenanjung serta Sarawak dan Sabah pada petang ini sehingga pukul 7 malam.

Menerusi laporan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca buruk itu dijangka berlaku di negeri Perak melibatkan kawasan Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

“Termasuk juga Kelantan di Gua Musang manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Diikuti dengan Johor di Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi serta Sarawak di Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit. Sabah pula melibatkan Pantai Barat, Sandakan dan Kudat,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Dalam kenyataan sama, MetMalaysia menyatakan terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam dijangka berlaku melebihi sejam – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI