fbpx

[VIDEO] Kuala Kedah dinaiki air akibat fenomena air pasang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM melakukan pemantauan di Pasar Kota Nelayan ekoran fenomena air pasang besar di Kuala Kedah, hari ini.

ALOR SETAR – Fenomena air pasang besar yang melanda Kuala Kedah hari ini mengakibatkan beberapa kawasan terletak berhampiran pesisir pantai dinaiki air.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail, turut terjejas adalah 30 rumah penduduk selain gerai di jeti Kota Marina, Jalan Tok Pasai dan Terminal Feri Kuala Kedah.

“Paras air menunjukkan peningkatan akibat daripada fenomena air pasang besar. Terdapat rumah penduduk dan gerai yang terjejas, namun keadaan masih terkawal.

“Bacaan paras air yang dicatatkan setakat pukul 1.22 tengah hari tadi adalah 2.95 meter dengan cuaca tiada angin dan hujan,” katanya di sini hari ini.

Jelas beliau, pemantauan terus dilakukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk memastikan penduduk dalam keadaan selamat.

Difahamkan fenomena air pasang di Kuala Kedah dan beberapa kawasan lain berdekatan laut dijangka berlarutan sehingga Ahad depan dengan catatan paras air paling tinggi adalah pada hari ini.

Pusat Hidrografi Nasional memaklumkan fenomena itu akibat pengaruh daya tarikan graviti bulan dan matahari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI